*1. Antibakteria * Bawang putih terkenal dengan sifat*antibakteria *dan antivital. Ia membantu mengawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan *membunuh bakteria*seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.
*2. Untuk merawat jangkitan kulit. * Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti "ringworm" »apa tu ringworm? Aq pun xtau.. search la sndri.. aq malas
*3. Mencairkan darah* Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu *elak terhasilnya gumpalan darah* dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.
*4. Mengurangkan tekanan darah.* "Angiotensin II "adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. *"Allicin"*, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak" angiotensin II" berfungsi dan bantu*rendahkan tekanan darah.*"Polysulphides", bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil "hydrogen sulphide"oleh sel darah merah. "Hydrogen sulphide"membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.
*5. Melindungi jantung* Bawang putih *melindungi jantung dari masalah kardiovaskular *seperti serangan jantung dan "atherosclerosis."Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas. Bahan kimia yang mengandungi ciri *"sulfur"*dalam bawang putih mampu *elak saluran darah dari tersumbat *dan melambatkan proses"atherosclerosis"(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.
*6. Merendahkan paras kolestrol* Bawang putih boleh *merendahkan paras" triglycerides" darah dan kolestrol*dan kurangkan pembentukan plak arteri
*7. Melawan alergi* Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri*anti radang*. Ia membantu badan*melawan alergi.* Ciri-ciri ini adalah terhasil dari "diallyl sulphide" dan"thiacremonone". Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang "alergy rhinitis." Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk*menghilangkan kegatalan *pada ruam atau gigitan serangga. »aq cadangkan usahawan yg baca post aq ni buat minyak angin ke minyak urut ke.. berasaskn bawang putih.. hehe.. ada ke org nak buat?
*8. Petua untuk masalah pernafasan* Penggunaan bawang putih setiap hari boleh *mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema*. Ia mempunyai ciri-ciri *antibakteria* dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga *mengurangkan jangkitan*pada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing. »bukan amazing je.. fantastic ,boombastic,elastic,egoist.. haha
*9. Diabetes*. Bawang putih meningkatkan *penghasilan insulin* dan *mengawal paras gula* dalam darah pesakit diabetes. »Dalam badan kita pun boleh hasilkan insulin.. tp kalau insulin korang kurang.. makan la bawang putih.. Huu.. aq tak tahu la.. yg aq tahu diebetis berlaku atas 2 sbb.. kekurangan insulin dan pengambilan makanan manis yg tinggi.. kalau korang ada tngok psakit diabetes suntik cecair.. jangan ingat tu dadah pulak.. tu lah insulin..
*10. Berkesan keatas ketuat* Meletakkan ekstrak bawang putih yang dihancurkan ke atas ketuat boleh*mengurangkan kesan ketuat* itu. .. »oh yeah,goodbye ketuat
*11. Mengurangkan risiko barah* Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh *mengurang risiko terkena barah*. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat "allyl sulphides" ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis "heterocyclic amine "(HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian,"diallyl sulphide "didapati di dalam bawang putih boleh *menghalang pembentukan/penukaran PhlP *kepada karsinogen. *
*12. Meningkatkan fungsi iron* "Ferroportin "adalah protein yang bantu dalam *penyerapan dan pembebasan iron. *"Diallyl sulphides" dalam bawang putih tingkatkan penghasilan "ferroportin"dan bantu tingkatkan fungsi iron.
*13. Sakit gigi* Hanya letakkan bawang putih yang dihancurkan kepada gigi yang sakit dan ia boleh bantu *mengurangkan sakit gigi*kerana ia ada ciri-ciri anti bakteria dan"analgesic". Tetapi, perlu hati-hati kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak selesa kepada gusi.
*14. Kurangkan Berat Badan* Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu *kawal penghasilan sel lemak dalam badan.* "Pre-adipocytes "ditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.
Kalau tak cukup bukti lagi tentang khasiat bawang putih.. dalam al-quran pun ada menerangkan mengenai bawang ni.. bukan bawang putih je, banyak lagi selain tu.. Okla itu je aq nak share hari ni sbb aq ni slalu posting bnda bdoh. Kali ni brguna lah skit. So korang dah tahu kan khasiat bawang putih ni? Lepas ni kalau nak masak apa2,tambahkan la beberapa ulas bwg putih.. xde effect kat makanan korang pun.. huu.. okay la.. itu je I nak post.. goodbye .. assalamualaikum
#info dr blog.. ape ntah.. aq lupa nk copy link dia.. maaf
No comments:
Post a Comment