Saturday, 27 June 2015

Assalamualaikum.. Salam ramadhan.. Mungkin tak terlambat lagi untuk aq senaraikan 5 perkara yng mendatangkan pahala yng besar di bulan ramadhan.. 1. Membaca Al-Qur’an Seperti yang diungkapkan bahwa ibadah pada bulan puasa pahalanya dilipatgandakan, begitu juga dengan membaca Al-Quran. Diriwayatkan, membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan bahwa tiap huruf yang kita baca akan mendapat pahala sebanyak 27 kali. Tidak hanya membaca saja, sekadar mendengar bacaan Al-Qur’an saja bagi umat muslim adalah pahala, maka perbanyaklah mendekatkan diri pada kegiatan-kegiatan yang berkenaan dengan bacaan Al-Qur’an di dalam bulan suci Ramadhan. 2. Sedekah Penyempurna ibadah puasa Ramadhan lainnya ialah bersedekah. Diriwayatkan dalam hadis sahih: Rasulullah ditanya: “sedekah manakah yang paling utama? beliau menjawab: Sedekah di Bulan Ramadhan.” (H.R. Turmudzi). Daripda kita sibuk bermegah-megah dengan harta dan kekayaan kita, lebih baik harta yang kita miliki dibahagikan untuk para fakir miskin  yang memerlukan. Jangan risau,ganjaran daripada Allah itu pasti 3. Solat Terawih Amalan ibadah yang ini termasuk dalam sunnah muakad ertinya tidak wajib, namun sayang sekali pada mereka yg tidak mengerjakan solat terawih.. . Jadi, selesai sahaja berbuka dan solat maghrib lebih baik melakukan solat terawih. Kita boleh mengajak keluarga atau kawan-kawan untuk solat terawih bersama-sama sebagai bentuk silaturrahim dan sekaligus mendapat pahala. Solat terawih ini juga dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan dan aku telah mensunatkan qiamulai (solat di malam harinya). Oleh itu, barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan dan solat dimalam harinya kerana iman dan mengharap pahala serta redha Allah, maka keluarlah dosanya sebagaimana pada hari dia dilahirkan oleh ibunya” (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi). 4. Solat Witir Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan . Ada riwayat yang mengatakan bahawa RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud) Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim). Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam). Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim . 5. I'tikaf Menurut syara’ I’tikaf adalah duduk berdiam diri di masjid, tempat orang berjemaah dengan niat beribadah kepada Allah swt. Ibadah ini disunahkan dilakukan pada setiap waktu, terutama pada sepuluh hari terakhir kerana pada 10 terakhir Ramadhan dan malam-malam ganjil terdapat malam “lailatul Qadr.” Info ni dari web Indon yang dah aq ubahkan.. Diharap apa yg aq postkan kali ini membawa manfaat kepada smua.. Assalamualaikum

Tuesday, 23 June 2015

Pishangg.. apakah

hai.. salam ramadhan dari aku... lama giler tak update blog.. malam ni aq nak update simple je.. korang tahu tak apa itu 'pishang'? or 'batak' or seangkatan dengannya.. ayat2 ni selalu budak zaman sekarang guna.. aq tak pasti sama ada dieorg tak tahu eja atau mengikut 'trend'.. adui.. okla bagi yg tak tahu lagi maksud pishang ni.. bagi budak zaman sekarang pishang ni bermaksud bosan.. yea bosan.. what?? tak masuk akal kan.. setahu aq cikgu tadika aq ajar ejaan betul pisang .. dan ianya sejenis buah-buahan.. haih.. aq xpaham la.. okay2..aq kena terima hakikat yg zaman sudah berubah.. insan2 yg bijak ini juga kdg2 buat caption 'cyg induw ucuk' /'biy induw cgt2'/ seangkatan dengannya.. okaylah itu hal dieorang kan.. suka hati korang nak guna ayat macamne.. satu je aq nak ingatkan.. kalau korang nak ambil gmbar terutama yg islam ni.. kalau blehla , jgn bersentuhan dengan bukan mahram.. kalau betul korang nak tunjukkan sayang korang tu.. jagalah orang yang korang syg tu btul2,ingatkan waktu solat,penuhi hidup dia dngan nilai2 islamik.. ha,barulah btul.. aq ni pun batch 99 paham sngt dngn bdak2 skrg.. aq rasa dah familiar sangat kalau lpas blik skolah.. bdk2 kapel ni naik motor sesama, pegang tangan,peluk.. aq ni pun xsempurna.. tak ada hak nak tgur.. kalau tgur depan2, alamatnye lebam mata aq kena tumbuk.. tapi kita sebagai sedara islam.. sebelum jadi kes buang anak ke apa.. *(act memang dah banyak jd pun) baik kita tegur.. aq ni pun xsempurna.. islam pun ada menggariskan bahawa haram bagi mereka yg bersentuhan bukan mahram.. hmm itu je nak cakap.. sebab aq terfikir.. macamna satu hari nanti jadi dengan kita.. dengan dunia akhir zaman ni.. macam2 boleh berlaku.. bila2 masa Allah boleh tarik nikmat yg kita ada.. masatu.. nak menyesal pun xguna.. so conclusion nye di sini.. korang jaga diri dan batasan sesama manusia.. bila Allah perintahkan sesuatu, bukan untuk menyusahkan kita.. tapi untuk kebaikan kita juga.. cuba fikir kalau Allah tak wajibkan kita untuk bersolat.. mungkin semua manusia sekarang ni jadi pemalas,hidup asyik serabut,hidup terumbang-ambing,takde disiplin,takde sifat sabar dll.. tapi Allah mewajibkan kita solat 5waktu sebab semuanya dapat melahirkan sifat positif dalam diri kita.. korang pun tahu kan yg solat ni pun satu senaman.. itu baru part solat.. yg lain2 pun sama jugak.. banyak faedah kalau kita ikut perintah Allah.. jadi bersama2 kita jadi insan yg lebih beriman dan bertaqwa dengan ajaranNYA.. hee.. dah jadi ustazah pulak.. okla.. itu je nk share.. asalnya nak post sikit.. tapi 'ter'banyak pulak..kbye.. assalamualaikum