Saturday, 27 June 2015
Assalamualaikum.. Salam ramadhan.. Mungkin tak terlambat lagi untuk aq senaraikan 5 perkara yng mendatangkan pahala yng besar di bulan ramadhan..
1. Membaca Al-Qur’an
Seperti yang diungkapkan bahwa ibadah pada bulan puasa pahalanya dilipatgandakan, begitu juga dengan membaca Al-Quran. Diriwayatkan, membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan bahwa tiap huruf yang kita baca akan mendapat pahala sebanyak 27 kali. Tidak hanya membaca saja, sekadar mendengar bacaan Al-Qur’an saja bagi umat muslim adalah pahala, maka perbanyaklah mendekatkan diri pada kegiatan-kegiatan yang berkenaan dengan bacaan Al-Qur’an di dalam bulan suci Ramadhan.
2. Sedekah
Penyempurna ibadah puasa Ramadhan lainnya ialah bersedekah. Diriwayatkan dalam hadis sahih:
Rasulullah ditanya: “sedekah manakah yang paling utama? beliau menjawab: Sedekah di Bulan Ramadhan.” (H.R. Turmudzi).
Daripda kita sibuk bermegah-megah dengan harta dan kekayaan kita, lebih baik harta yang kita miliki dibahagikan untuk para fakir miskin yang memerlukan. Jangan risau,ganjaran daripada Allah itu pasti
3. Solat Terawih
Amalan ibadah yang ini termasuk dalam sunnah muakad ertinya tidak wajib, namun sayang sekali pada mereka yg tidak mengerjakan solat terawih.. . Jadi, selesai sahaja berbuka dan solat maghrib lebih baik melakukan solat terawih.
Kita boleh mengajak keluarga atau kawan-kawan untuk solat terawih bersama-sama sebagai bentuk silaturrahim dan sekaligus mendapat pahala.
Solat terawih ini juga dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan dan aku telah mensunatkan qiamulai (solat di malam harinya). Oleh itu, barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan dan solat dimalam harinya kerana iman dan mengharap pahala serta redha Allah, maka keluarlah dosanya sebagaimana pada hari dia dilahirkan oleh ibunya” (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi).
4. Solat Witir
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan .
Ada riwayat yang mengatakan bahawa RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim .
5. I'tikaf
Menurut syara’ I’tikaf adalah duduk berdiam diri di masjid, tempat orang berjemaah dengan niat beribadah kepada Allah swt. Ibadah ini disunahkan dilakukan pada setiap waktu, terutama pada sepuluh hari terakhir kerana pada 10 terakhir Ramadhan dan malam-malam ganjil terdapat malam “lailatul Qadr.”
Info ni dari web Indon yang dah aq ubahkan.. Diharap apa yg aq postkan kali ini membawa manfaat kepada smua.. Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best casinos in the world to play blackjack, slots and video
ReplyDeletehari-hari-hari-hotel-casino-online-casinos-in-us · blackjack (blackjack) · febcasino.com roulette (no Blackjack Video Poker herzamanindir · Video Poker 메이피로출장마사지 · Video Poker · Video poker jancasino